Home Hiburan MAS KHAN SEBAK BERGELAR SUAMI

MAS KHAN SEBAK BERGELAR SUAMI

282
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Mas Khan, 31, sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Anatasha Diana dengan sekali lafaz, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, bersyukur dan gembira kini berumah tangga serta sedia memikul tanggungjawab dalam alam perkahwinan.

“Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan. Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.

“Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami,” katanya.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Aziz Abd Mutalib.

Mas Khan menyerahkan mas berkahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran dan seutas gelang emas kepada Anatasha pada acara penuh bahagia itu.

Majlis pernikahan berlangsung di Gombak, Selangor itu dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Kemudian, diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah petang. Majlis pihak lelaki pula dijangka akan diadakan pada 14 Jun nanti di Genting Highlands, Pahang. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here