KAHERAH: Tentera Israel hari ini mendakwa pihaknya memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman.
Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, sebelum itu, siren amaran dibunyikan di beberapa kawasan di negara itu, menurut kenyataan tentera Israel.
Sejak tercetusnya perang Israel-Hamas pada Oktober 2023, kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman terus melancarkan peluru berpandu ke arah Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Kebanyakan peluru berpandu kumpulan itu berjaya dipintas atau jatuh sebelum tiba ke sasaran.
Setakat ini, kumpulan Houthi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelancaran peluru berpandu terbaru itu. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






