Home Hiburan FAHIMI MENGAKU SUDAH BERNIKAH TETAPI RAHSIAKAN IDENTITI ISTERI

FAHIMI MENGAKU SUDAH BERNIKAH TETAPI RAHSIAKAN IDENTITI ISTERI

KUALA LUMPUR: Penyanyi Fahimi Rahmat, 28, mengesahkan bernikah demngan gadis pilihan hati pada 20 Disember lalu.

Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun. penyanyi yang popular dengan lagu Angau itu tidak bersedia mendedahkan identiti isteri termasuk foto insan tersayang itu.

Menurut Fahimi, perkara itu dilakukan bagi menjaga privasi pasangan.

“Pilihan saya untuk menutup wajah isteri adalah dengan tujuan menjaga privasinya.

“Sekiranya ada yang terlepas menyebarkan gambar wajahnya, itu bukanlah daripada saya dan saya tidak mengizinkan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, semalam.

Menjelaskan tindakan tidak menghebahkan soal pernikahan. Fahimi berkata, majlis akad dianggap sesuatu yang cukup peribadi.

Justeru, baginya, cukup sekadar berkongsi secara ringkas dalam media sosial.

“Bagi saya, pemberitahuan mengenai pernikahan adalah perkara peribadi. Cukuplah sebagai pengetahuan asas kepada semua pihak bahawa saya sudah berumah tangga,” katanya.

Berkongsi mengenai perkenalan dengan isteri tercinta, Fahimi berkata, dia sudah mengenali wanita itu sejak lapan tahun lalu.

“Namun, bukanlah lama masanya yang menjanjikan pernikahan atau mengatakan dia orangnya.

“Akan tetapi. janji Allah dan jodoh maka atas izin-Nya saya bernikah dengan isteri… Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Fahimi mengakui sedih apabila bapa tercinta, Allahyarham Rahmat Ayop tidak dapat menyaksikan hari bersejarah apabila arwah menghembuskan nafas terakhir pada 28 November lalu.

Bagaimanapun, Fahimi berkata, arwah sempat berjumpa dengan isterinya pada majlis pertunangan mereka.

“Arwah abah sempat melihat wajah isteri ketika bertunang tempoh hari. Memang ini suatu ujian yang amat besar buat seorang anak ketika kerana kehilangan abah tercinta.

“Namun. Allah maha baik. Dia datangkan ujian dengan hikmah yang besar. Tetapi, sekarang Allah izikan saya ikuti jejak abah untuk memiliki isteri.

“Maka berjalanlah tanggungjawab saya sebagai suami,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here