Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
GUA MUSANG: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, di sini, pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Che Razak Che Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.07 pagi sebelum tiba di lokasi 27 minit kemudian.

“Sebaik sampai pasukan operasi mendapati benar kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda EK bertembung dengan sebuah lori treler.
“Semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, dengan mangsa maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa parah dihantar ke hospital,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya pemandu lori berkenaan dilaporkan selamat.
Katanya mangsa yang cedera dihantar ke hospital manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
IMedikel TV






