Home Sukan ELENA BUKA KEMPEN AS TERBUKA DENGAN BERGAYA

ELENA BUKA KEMPEN AS TERBUKA DENGAN BERGAYA

New York: Elena Rybakina berkata keadaan tumit kirinya yang mengalami kecederaan setakat ini semakin baik selepas dia mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan straight set ke atas pemain remaja tuan rumah, Thea Frodin.

Memetik laporan AFP Menerusi Harian Metro, Pemain Kazakhstan yang menghuni ranking kedua dunia itu bukan sekadar memburu gelaran Grand Slam ketiga, malah turut mengintai kedudukan nombor satu dunia yang boleh diraihnya hanya dengan mara ke separuh akhir di Flushing Meadows.

Elena mempamerkan aksi kemas dan meyakinkan selepas mengalami kecederaan tumit sehingga memaksanya menarik diri pada suku akhir Terbuka Cincinnati, meraih kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Thea yang memiliki pukulan bertenaga tetapi tidak konsisten itu

“Saya gembira dengan perlawanan ini. Terutama apabila anda tidak mengenali lawan, ia sentiasa boleh menjadi berbahaya, tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan perlawanan pertama dan bagaimana semuanya berjalan.

“Ia keputusan yang hebat selepas 10 hari mengalami kecederaan seperti itu,” kata Elena

Elena mendapat kelegaan di Cincinnati apabila ahli fisioterapi memberitahunya bahawa tendon Achillesnya tidak terkoyak.

Namun, dia tidak mampu berjalan tanpa rasa sakit selama beberapa hari dan masih berhati-hati dalam menguruskan latihan, rehat serta rawatan.

“Ketika saya mahu melakukan servis, saya sedar saya tidak boleh menolak menggunakan kaki itu. Jadi mustahil untuk saya meneruskan perlawanan.

“Selepas itu, kami memulakan proses pemulihan. Kami tidak tahu sama ada saya boleh beraksi di sini atau tidak.

“Kami mengambilnya hari demi hari. Saya tidak bermain sepanjang minggu, jadi tujuh hari tanpa tenis dan pada asasnya saya juga tidak banyak melakukan latihan gim yang membabitkan pergerakan.

“Sudah tentu, kami akan melihat keadaan hari demi hari dan bagaimana keadaan saya apabila bangun esok kerana ini perlawanan pertama dan membabitkan agak banyak pergerakan,” katanya.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here