Home Buletin Semasa DUA SAHABAT MENGAKU BERSALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA MAUT, CEDERAKAN LELAKI

DUA SAHABAT MENGAKU BERSALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA MAUT, CEDERAKAN LELAKI

205
0

Oleh: Afrizam Arif@Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan merompak dan mencederakan lelaki di Padang Lati, Bachok pada 30 Januari lalu.

Tertuduh, Mohamad Alif Ahmad, 30 dan Mohd Hasimi Mohamud, 43, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 49 tahun di Padang Lati, Kampung Chap, Jelawat, Bachok pada 12.30 tengah malam, 30 Januari lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata maut iaitu sebilah parang dan pisau seorang warga Pakistan pada 1.30 pagi, 30 Januari lalu di sebuah kedai runcit di Bukit Marak, Padang Lati, Bekelam Hilir, Bachok.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama, yang memperuntukkan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 9 April depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here