Home Buletin Semasa DUA PREMIS JUAL MERCUN, BUNGA API DISERBU, TIGA DITAHAN

DUA PREMIS JUAL MERCUN, BUNGA API DISERBU, TIGA DITAHAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERANTUT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas mercun dan bunga api di dua lokasi berbeza di Taman Kelisa Emas dan perhentian bas Inderapura, di sini.

Menurut kenyataan di laman sosial rasmi Bridged Tenggara PGA pada Jumaat, dalam kejadian dari jam 9.30 malam hingga 11.00 malam itu sepasukan Batalion 7 turut menahan tiga lelaki dipercayai penjaga premis.

“Pihak kami memeriksa dua buah premis disyaki tempat penjualan mercun dan bunga api dalam Op Taring Charlie, di sini.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan penjaga premis tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang namun pemeriksaan di dalam dalam premis dan sebuah van milik penjaga premis membawa kepada penemuan berpuluh kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api,”menurut kenyataan itu.

Barang yang ditemui tidak dinyatakan dalam permit yang ditunjukkan oleh penjaga premis dan polis merampas semua barang tersebut.

Tiga lelaki berumur 29 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan anggaran rampasan bernilai RM 76,740 dan hasil rampasan di bawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here