Home Buletin Semasa DUA LELAKI DIKEHENDAKI POLIS DITAHAN

DUA LELAKI DIKEHENDAKI POLIS DITAHAN

111
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) memberkas dua orang dikehendaki polis di sekatan jalan raya Neting, di sini, pada Rabu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dua lelaki terbabit diberkas dalam Op Taring Wawasan masibg-masing pada jam 8.10 pagi dan 3.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan melalui sistem mendapati suspek adalah orang yang dikehendaki (wanted) berkait kes pemerdagangan manusia pada tahun 2022 yang lepas. Suspek pertama berumur 33 tahun itu ditahan pada jam 8.10 pagi.

“Manakala seorang lagi suspek berumur 33 ditahan pada jam 3.30 petang adalah orang yang dikehendaki (wanted) berkait kes dadah di tempat lain,”katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya dua suspek tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here