Home Sukan DORTMUND KE PERSADA BUNDESLIGA

DORTMUND KE PERSADA BUNDESLIGA

220
0

Gol babak pertama Marco Reus dan Emre Can membawa Borussia Dortmund dengan kelebihan tiga mata di persada Bundesliga awal pagi tadi menerusi kemenangan 2-1 mengatasi RB Leipzig.

Kapten Dortmund, Reus menyempurnakan penalti selepas 21 dan Can menggandakan kelebihan berbaki lima minit babak pertama hasil sepakan jarak jauh.

Kemenangan itu adalah yang ke-10 daripada 10 aksi buat Dortmund pada 2023 dan menukar kembali tekanan terhadap pendahulu sebelumnya, Bayern Munich, yang akan ke Stuttgart hari ini.

Selepas perlawanan itu, Reus memberitahu DAZN “kami perlu bertahan pada penghujung” tapi berkata “gol kami mengambil kembali kedudukan teratas dan kami berjaya melakukannya.”

Jurulatih Dortmund yang “sangat berpuas hati” Edin Terzic berkata pasukannya “bermain perlawanan yang sangat bagus pada babak pertama dan pada babak kedua bertahan dengan sabar.”

“Babak kedua tentu sahaja kami kecewa tetapi anda boleh lihat bukan mudah untuk menjaringkan gol berdepan kami,” katanya.

“Hari ini dua pasukan dengan prestasi terbaik Bundesliga bermain sesama sendiri.”

Bos Leipzig, Marco Rose berkata keputusan itu “sukar untuk diterima” dan memuji persembahan ‘berkesan’ Dortmund.

“Kami perlu melakukan lebih baik pada tahap konsisten seperti ini, tapi saya rasa kami juga menunjukkan bahawa kami boleh melakukannya,” tambahnya.

Sumber: BH Online & AFP

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here