Home Buletin Semasa DOBI MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM HUJAN

DOBI MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM HUJAN

182
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Sebaik saja musim tengkujuh tiba. Antara perniagaan yang mendapat sambutan tinggi adalah dobi.

Tinjauan I Medikel TV mendapati pelanggan dan timbunan pakaian memenuhi kedai Dobi Pa Ma di Wakaf Che Yeh, di sini, pada Sabtu.

Ramai pelanggan yang berkunjung ke dobi layan diri bukan sahaja untuk mencuci pakaian malah kebanyakan mereka adalah untuk cucian kering.

Menurut pekerja khidmat pelanggan dobi, Ain Nazifah Zulkarnain, 23, ramai pelanggan datang menyerbu dobi sehingga pekerja tidak menang tangan untuk menguruskan pakaian itu.

“Buat masa sekarang ini memang setiap hari tidak henti-henti orang hantar pakaian untuk dicuci.

“Ramai yang datang untuk guna mesin pengering sahaja dan biasanya kita tengok pelanggan tetap yang datang namun pada musim tengkujuh sekarang ini, memang ramai orang yang tidak dikenali,” katanya.

Jelas Ain, dia bertugas untuk meletakkan baju yang selesai dicuci atau dikeringkan ke dalam plastik yang disediakan.

Ini kerana menurutnya ada pelanggan hanya meninggalkan pakaian mereka dan akan mengambilnya selepas siap dikeringkan.

Sementara itu, kata ain terdapat juga pelanggan yang meninggalkan pakaian yang dicuci selama sehari di kedai dobi itu.

“Ada pelanggan yang mengambil baju sehari selepas dikeringkan jadi sebab itu la menjadi timbunan di sini dan sekiranya pelanggan minta untuk baju nya dicuci dengan segera, memang tidak sempat kerana ramai pelanggan yang lain sedang menunggu giliran untuk mencuci pakaiannya,” katanya.

Menurutnya, mesin pengering adalah antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan ramai di dobi berkenaan.

Selain itu, menurut Ain harga bagi khidmat mesin pengerin adalah bermula daripada RM4 bagi mesin 14 kilogram (kg) manakala RM6 bagi mesin 25 kilogram (kg).

Katanya, Dobi Pa Ma beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 12 malam dan mempunyai lima tenaga kerja.

Selain itu katanya, kedai dobi itu turut menyediakan khidmat melipat pakaian dan mengenakan bayaran seikhlas hati daripada pelanggan.

“Dekat sini ramai yang datang mengeringkan pakaian dan menggunakan servis melipat juga.

“Untuk melipat kita tidak kisah berapa pun bayaran yang pelanggan ingin berikan dengan seikhlas hati,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui Norila Wan Mohd Salleh, 56 bersama anak saudaranya Nabilah Aziz, 32, berkata dia berkunjung ke dobi dua kali seminggu untuk mengeringkan pakaiannya.

Katanya, dia hanya ke dobi pada musim hujan kerana keadaan cuaca ketika ini mengambil masa agak lama untuk kering.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here