Home Sukan DIAZ RAYU BAPANYA DIBEBASKAN SEGERA

DIAZ RAYU BAPANYA DIBEBASKAN SEGERA

LUTON, England: Pemain antarabangsa Colombia, Luis Diaz merayu kumpulan gerila yang menculik ibu bapanya pada 28 Oktober lalu supaya membebaskan bapanya selepas menjaringkan gol sekembali beraksi bersama Liverpool awal pagi tadi.

Ibu Diaz diselamatkan dalam tempoh beberapa jam selepas diculik minggu lalu, namun pencarian terhadap bapanya Luis Manuel Diaz masih diteruskan.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Selepas menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan sekali gus menghalang Liverpool mengalami kekalahan mengejut di Luton apabila seri 1-1 awal pagi tadi, Diaz memperagakan kemeja-t tertulis “pembebasan buat ayah.”

“Saya meminta ELN supaya membebaskan bapa saya dengan segera dan saya meminta organisasi antarabangsa untuk menjadi perantara bagi pembebasannya,” kata Diaz dalam satu hantaran di platform X.

Sabtu lalu, ketua kumpulan gerila Colombia, ELN mengakui pertubuhan itu melakukan “kesilapan” menculik ibu bapa Diaz.

Kedua-duanya diculik di kampung halaman mereka di Barrancas, berhampiran sempadan Venezuela.

“Setiap saat, setiap minit penderitaan kami bertambah,” jelas Diaz.

“Ibu, abang dan saya terdesak, tertekan dan tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan kami. Penderitaan ini hanya akan berakhir apabila ayah dikembalikan dan pulang ke rumah.

“Saya merayu kepada anda supaya segera membebaskannya, menghormati integritinya dan menamatkan penantian yang menyakitkan ini secepat mungkin.”

Tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-83, impak besar Diaz hadir dalam penampilan pertamanya untuk Liverpool sejak kes penculikan itu. – AFP

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here