Home Sukan CONMEBOL AKUI SILAP PENGADIL NAFIKAN PENALTI BRAZIL

CONMEBOL AKUI SILAP PENGADIL NAFIKAN PENALTI BRAZIL

172
0

HOUSTON: Badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengakui pengadil dan VAR melakukan kesilapan kerana menafikan sepakan penalti Brazil ketika aksi peringkat kumpulan yang menyaksikan Selecao terikat 1-1 dengan Colombia, semalam.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Insiden berkenaan berlaku pada minit ke-42 di Stadium Levi’s ketika Brazil mendahului 1-0 yang menyaksikan Vinicius Jr meluru ke kotak sebelum Daniel Munoz menjatuhkannya di dalam kawasan kotak penalti.

Pemain Brazil menggesa penalti diberikan namun pengadil dari Venezuela, Jesus Valenzuela menafikannya sebelum VAR yang diketuai Mauro Vigliano (Argentina) turut mengekalkan keputusan itu selepas menganggap Munoz sudah menyentuh bola.

Perebutan antara penyerang Brazil, Vinicius Junior dengan pertahanan Colombia, Daniel Munoz ketika aksi Kumpulan D Copa America. Foto: AFP

“Ketika perebutan bola di dalam kotak penalti, seorang pertahanan tidak menyentuh menyentuh bola,” kata CONMEBOL dalam satu hantaran video.

“Akibatnya, ada kontak yang tidak sepatutnya untuk tindakan itu. Pengadil gagal meneliti tindakan berkenaan dan membenarkan perlawanan diteruskan.

“VAR gagal mengenalpasti yang pertahanan itu tidak menyentuh bola sebelum sentuhan kasar berlaku ke atas penyerang Brazil. Oleh itu, VAR secara salah mengesahkan keputusan asal di atas padan

Kesilapan itu memberi kesan besar ke atas skuad Dorival Jr, yang memerlukan kemenangan untuk merampas kedudukan teratas kumpulan daripada Colombia.

“Selepas itu, kami dibolosi. Pengadil adalah penentu. Hanya dia dan VAR tidak melihat penalti, yang pastinya (penalti) patut diberikan,” kata pengendali Brazil itu. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here