Home Sukan CHELSEA IKUT MAN UNITED MASUK ‘GUA’

CHELSEA IKUT MAN UNITED MASUK ‘GUA’

LONDON: Wolves mencipta rekod tersendiri apabila meraih kemenangan dua kali berturut-turut ke atas Chelsea buat kali pertama sejak 1975.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kemenangan 2-1 dilakar Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi menyaksikan The Blues kendalian Mauricio Pochettino terus kempunan meraih kemenangan dalam empat kunjungan ke Molineux.

Malah, ia adalah kekalahan keempat dalam enam aksi terakhir liga yang menyaksikan Chelsea kini sekadar menduduki tempat ke-10 dengan 22 mata manakala Wolves di belakang mereka atas perbezaan jaringan.

Anak buah Gary O’Neil itu juga belum lagi tewas di Molineux dalam tujuh aksi apabila menang empat perlawanan dan seri dalam tiga perlawanan.

Pada aksi terbabit, Chelsea yang masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Liga Inggeris ketinggalan pada minit ke-51 selepas Mario Lemina meletakkan tuan rumah di depan.

Matt Doherty kemudian mengukuhkan kedudukan Wolves dengan gol kedua, tiga minit selepas masa kecederaan.

Pemain Chelsea, Christopher Nkunku menjaringkan gol sagu hati Chelsea ketika menentang Wolves. – REUTERS

Tiga minit selepas itu, pemain gantian Chelsea, Christopher Nkunku merapatkan jurang gol tetapi ia tidak cukup untuk membantu The Blues membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata. -AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here