Home Hiburan CHE TA TAK KISAH JIKA MENANTU TAK PANDAI MASAK

CHE TA TAK KISAH JIKA MENANTU TAK PANDAI MASAK

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya, saya tak kisah menantu saya, pandai masak atau tidak,”

Demikian kata pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, 53, ketika ditanya sama ada dia sudah merasai masakan menantunya, Auni Ikhwan yang juga isteri kepada anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy.

Memetik laporan harian Metro, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia belum dapat merasai air tangan menantunya kerana mereka tidak duduk serumah dengannya sejak berkahwin kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya belum dapat rasa air tangan menantu sebab Ammar dan Auni tidak tinggal serumah dengan kami sejak berkahwin dan memilih untuk duduk di rumah sendiri.

“Kalau hujung minggu, baru Ammar akan buat ‘posting’, beritahu saya Auni masak apa di rumah.

“Tapi saya tak sempat lagi merasai air tangannya kerana bila mereka balik, saya pula tidak ada di rumah. Mungkin minggu depan baru kami nak berjumpa tapi makan di luar,” katanya ketika ditemui pada sidang media program realiti lapan episod Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289, di sini.

Mengulas lanjut, kata Che Ta, dia banyak belajar memasak dengan bekas ibu mentuanya dahulu.”Bila berkahwin, kita memang nak masak mengikut cara kita dan citarasa suami. Sebab itu, saya banyak belajar memasak dengan bekas ibu mentua sebab kita tahu masakan emak adalah citarasa suami kita.

“Bila berkahwin dengan Zain pula, dia sangat tidak cerewet dan makan apa saja dan kita pula sudah ada pengalaman memasak dan apa yang kita masak dia makan sahajalah.

“Setakat ini, menantu saya tidak ada minta tips atau belajar masak dengan saya lagi, tapi Ammar beritahu Auni macam saya juga suka duduk di rumah dan kemas rumah,” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Pada masa sama, kata Che Ta, dia juga sangat menjaga hati dan perasaan menantunya yang juga anggota baru dalam keluarganya.

“Saya juga bila nak cakap dengan menantu pun kena fikir supaya kata-kata kita itu tak guris hatinya kerana berbeza bila kita bercakap dengan anak kandung sendiri.

“Setakat ini, saya belum sempat luangkan banyak masa bersama Auni cuma kita sempat meraikan sambutan hari jadinya, baru-baru ini.

“Insya-Allah, saya juga bercadang untuk menaja pakej berbulan madu buat anak dan menantu ke Jepun pada November nanti,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here