Oleh, Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTV
Sudah semestinya ramai mempunyai haiwan kesayangan terutama kucing. Setiap peringkat umur kucing memerlukan penjagaan yang rapi daripada pemiliknya.
Kucing merupakan haiwan disukai ramai serta sesuai untuk dijadikan peneman di rumah mahupun dimana-mana saja anda berada. Tahukah anda bahawa dengan wujudnya kucing ia dapat mengawal gangguan haiwan perosak seperti tikus dan lipas di rumah.
Malah kucing juga dapat memberi kegembiraan dalam hidup kita dan membelanya juga adalah suatu bentuk terapi minda kerana sifatnya yang manja dan comel.
Bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan untuk mula membela kucing di rumah, para pencinta kucing perlu mengambil tahu banyak perkara.
Membela haiwan seperti kucing ini tidak boleh dibuat dengan sambil lewa seperti yang dibuat oleh kebanyakan ramai orang.

Mulakan penjagaan dengan perkara asas terlebih dahulu iaitu makan dan minum kerana ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan si bulus. Anda perlulah memberi makanan yang sesuai kepada kucing mengikut peringkat umur mereka.
Air juga perlu diberikan sumber air yang bersih kerana ia berperanan dalam mengawal suhu badan si bulus.
Selain penjagaan makanan dan minuman, persekitaran yang kondusif juga penting untuk kucing anda. Hal ini mampu mengelakkan kucing anda mengalami kemurungan.
Penjaga harus mengelakkan kucing kesayangan berada di sangkar yang kecil sehingga membataskan pergerakan mereka.
Seterusnya Penjagaan dari segi kesihatan si manja, penjaga haruslah sentiasa kerap membawa si manja untuk mendapatkan rawatan kesihatan bagi memastikan kucing anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Natijahnya penjagaan asas bagi kucing amatlah mudah jika dilakukan dengan betul dan secara berkala. Penjaga kucing yang mempunyai ilmu asas mampu memastikan kebajikan dan kesihatan kucingnya terjaga.
Imedikel TV






