Home Luar Negara BUNUH WANITA PADA 1982, LELAKI DIHUKUM MATI DENGAN SUNTIKAN DI FLORIDA

BUNUH WANITA PADA 1982, LELAKI DIHUKUM MATI DENGAN SUNTIKAN DI FLORIDA

MIAMI: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita yang diculik dari pejabatnya pada 1982 dihukum mati di Florida pada Selasa.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian Kayla Bates dihukum mati dengan suntikan di Penjara Negeri Florida atas dakwaan membunuh Janet Renee White, 24, yang bekerja di sebuah syarikat insurans di Lynn Haven, Florida.

White diserang Bates di pejabatnya selepas pulang dari makan tengah hari dan ditikam hingga mati di kawasan hutan berdekatan.

Menurut pegawai, Bates dihukum mati pada jam 6.17 petang waktu tempatan di Penjara Negeri Florida.

Bates dijatuhi hukuman mati pada 1983 berhubung kes berkenaan.

Pada 2025, Amerika Syarikat (AS) melaksanakan 29 hukuman mati, angka tertinggi sejak 2014 apabila 35 banduan dihukum mati.

Daripada jumlah itu, 24 dijalankan melalui suntikan maut, dua dengan pasukan penembak dan tiga lagi menggunakan hipoksia nitrogen iaitu kaedah yang membabitkan pam gas nitrogen ke dalam topeng muka sehingga menyebabkan banduan lemas.

Penggunaan gas nitrogen sebagai kaedah hukuman mati dikecam oleh pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Florida melaksanakan hukuman mati terbanyak pada 2025 dengan 10 kes.

Setakat ini, hukuman mati dimansuhkan di 23 daripada 50 negeri AS, manakala tiga negeri lain iaitu California, Oregon dan Pennsylvania mengenakan moratorium.

Presiden AS, Donald Trump menyokong hukuman mati dan pada hari pertama beliau memegang jawatan, dan menggesa ia perlu diperluas bagi ‘jenayah paling keji’. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here