Home Sukan SAYA SERONOK SETIAP MINIT – ESTEVAO

SAYA SERONOK SETIAP MINIT – ESTEVAO

LONDON: Dari senyuman di wajahnya hingga keyakinan di tengah padang, jelas sekali Estevao Willian sudah mula berasa selesa di Stamford Bridge.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian penampilan sulung pemain Brazil berusia 18 tahun itu bersama Chelsea penuh bertenaga apabila dimasukkan oleh pengurus Enzo Maresca pada awal babak kedua menentang Crystal Palace, hujung minggu lalu.

Tidak lama kemudian, Estevao terus mencuri perhatian dengan kelincahan dan kepantasan menggelecek bola.

Dia juga tidak gentar dengan asakan fizikal, hasil pengalaman beraksi dalam liga Brazil yang membantunya cepat menyesuaikan diri dengan corak bola sepak Inggeris.

“Saya berasa amat bagus. Ia pengalaman luar biasa dapat beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan saya amat bersyukur diberi peluang ini,” kata Estevao.

“Saya menyesuaikan diri lebih pantas daripada jangkaan, hasil bantuan pengurus, staf kejurulatihan dan rakan sepasukan. Mereka banyak membantu saya berasa selesa dan memberikan keyakinan sejak saya tiba.

“Saya seronok setiap minit dan tidak mahu terburu-buru. Saya hanya mahu menikmati hari demi hari.”

Estevao juga dilihat sudah mempunyai keserasian dengan Cole Palmer dan menyifatkan dirinya “berhubung baik” dengan pemain nombor 10 itu sejak awal digandingkan.

Meskipun masih awal dalam kariernya di Chelsea, Estevao menegaskan dia akan terus bekerja keras untuk membalas sokongan peminat.

“Cara penyokong melayan saya sejak tiba di sini memang menakjubkan. Jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk menggembirakan mereka.

“Saya mahu memenangi perlawanan dan jika itu tercapai, trofi juga akan menyusul,” katanya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here