Home Luar Negara REMAJA TIKAM GURU HINGGA MATI

REMAJA TIKAM GURU HINGGA MATI

377
0

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa atas tuduhan membunuh dengan menikam guru bahasa Sepanyol ketika mengajar di kelas sebuah sekolah menengah di barat daya Perancis, kelmarin.

Menurut Peguam Thierry Sagardoytho, remaja berkenaan ditahan di sebuah tempat yang tidak boleh dinyatakan nama kawasan berkenaan kerana mengambil kira faktor umur dan penjagaan remaja berkenaan.

Pendakwa Raya pula mendakwa sebelum kejadian, remaja berkenaan dilaporkan mendengar bisikan ‘suara kecil’ yang menyuruhnya untuk membunuh gurunya.

Le Monde melaporkan bahawa pihak polis bimbang mengenai kesihatan mental remaja lelaki berkenaan dan mencadangkan tertuduh mungkin mempunyai masalah mental.

Dilaporkan remaja lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dikatakan sebagai pelajar cemerlang selepas menerima tahap pujian tertinggi dalam peperiksaan Brevet kebangsaan tahun lalu.

Serangan berlaku di Saint-Thomas-d’Aquin iaitu sebuah sekolah swasta Katolik di Saint-Jean-de-Luz, dekat Bayonne, apabila remaja berkenaan didakwa mengeluarkan pisau daripada begnya dan menikam gurunya berusia 52 tahun kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Media Perancis melaporkan remaja terbabit kemudian bertindak meninggalkan kelas itu selepas melakukan serangan berkenaan dan kemudiannya pergi ke kelas sebelah sebelum memberitahu kepada guru apa yang berlaku dan menyerahkan pisau kepada guru berkenaan.

Guru wanita berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak perkhidmatan kecemasan. Siasatan telah dibuka untuk dakwaan pembunuhan terancang.

Pendakwa Raya Jerome Bourrier mengesahkan murid berkenaan diperiksa oleh doktor dan dianggap cukup sihat untuk kekal dalam tahanan dan disoal siasat.

Beliau berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu kemudiannya ditahan di balai polis Bayonne.

“Serangan ke atas guru terbabit tidak difikirkan mempunyai kaitan dengan keganasan,” katanya.

Bourrier berkata, pihaknya akan memberikan butiran lanjut selepas pihak polis selesai bercakap dan melakukan proses siasatan dengan suspek remaja lelaki berkenaan. 

Sumber: Berita Harian Online

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here