Home Buletin Semasa BAJET 2023 JAGA KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK DAN PERKASAKAN KERJAYA WANITA

BAJET 2023 JAGA KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK DAN PERKASAKAN KERJAYA WANITA

258
0

Pembentangan Bajet 2023 yang disampaikan Perdana Menteri merangkap menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Bajet kali ini menekankan beberapa perkara yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun ini.

Dalam pembentangan Perdana Menteri tersebut, beliau dalam mempertimbangkan cadangan KPWKM untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak.

Secara tidak langsung dengan pengumuman ini, pihak KPWKM bersedia untuk bekerjasama rapat dengan agensi-agensi pusat seperti kementerian kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam memperincikan jabatan ini secepat mungkin

Dalam kenyataan media, KPWKM berbesar hati atas pengumuman pertubuhan sebuah unit khas di bawah bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

KPWKM juga sedia membantu PDRM demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Di samping itu, KPWKM juga mengalu-alukan inisiatif di bawah perkeso 2 untuk menggalakkan wanita yang sebelum ini terpaksa berhenti kerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak.

Menurut kenyataan media KPWKM, pindaan akta yang akan dibawa oleh kementerian sumber manusia ini akan menjadi pemangkin dan menyuntik semangat untuk golongan wanita agar menjadi seorang ibu tidak menghalang mereka untuk terus berjaya dalam kerjaya dan profesion mereka.

Sumber: D Media Penerangan

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here