NEW YORK: Sebuah buku yang terlewat pemulangannya lebih daripada satu abad akhirnya dikembalikan ke rak di sebuah perpustakaan di Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, menampilkan komposer ulung seperti Bach dan Mozart, buku itu ditemukan semasa seseorang sedang menyusun barang-barang.
Datuk bandar St Paul Melvin Carter bergurau dalam ciapannya di X, pada sabtu, bahawa tidak akan ada denda dikenakan, kerana perpustakaan itu seperti kebanyakan perpustakaan di AS, sudah berhenti mengenakan bayaran pemulangan lewat.
John Larson, penyelaras perpustakaan digital perpustakaan awam St Paul berkata, beliau tidak menyangka buku itu akan kembali ke rak.
“Ia mencapai tahap di mana ia bukan hanya sebuah buku lama, ia adalah artifak. Ia mempunyai sedikit sejarah”, kata Penyelaras perpustakaan digital perpustakaan awam St Paul, John Larson.
Larson berkata, ia adalah buku tertua yang pernah dilihatnya dikembalikan dalam 25 tahun bekerja di perpustakaan itu.
Sebelum ini, seorang lelaki di kanada memulangkan buku ke perpustakaan, lewat lebih daripada 37 tahun dan berkata, dia sebenarnya tidak pernah pun membaca buku itu.-AGENSI, HMETRO ONLINE-
IMEDIKEL TV






