Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Tular sebuah video daripada orang awam mengenai seekor buaya yang dipercayai tersesat ketika banjir baru-baru ini.
Buaya tersebut dilaporkan terperangkap di alur sungai di Lorong Masjid, Kampung Tal Tujuh, di sini.
Sehubungan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas, bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkenaan kejadian itu.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba (PBK) II, Adnan Muhammad Juri, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.02 pagi tadi.
“Dalam panggilan itu memaklumkan terdapat seekor buaya telah terperangkap di dalam alur sungai di Lorong Masjid Tal 7, di sini. Seramai 10 anggota dari BBP Pasir Mas ke tempat kejadian.
“Komander Operasi lapor tiba di lokasi dan didapati buaya sudah melepaskan diri,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN )berhubung kejadian itu untuk tindakan selanjut.
IMedikel TV






