Home Luar Negara BOMBA PERANCIS ‘LAWAN’ API TANPA PERLINDUNGAN MENCUKUPI, KESATUAN BIMBANG ‘BENCANA KESIHATAN’

BOMBA PERANCIS ‘LAWAN’ API TANPA PERLINDUNGAN MENCUKUPI, KESATUAN BIMBANG ‘BENCANA KESIHATAN’

ISTANBUL: Kesatuan anggota bomba Perancis memberi amaran mengenai risiko “bencana kesihatan” dalam kalangan petugas penyelamat berikutan kekurangan peralatan perlindungan diri ketika ribuan anggota terus bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan di seluruh negara.

Memetik laporan Anadolu Ajansi menerusi penyiar Franceinfo, Jurucakap Kesatuan SUD, Remy Chabbouh berkata anggota bomba kini berdepan risiko kesihatan akibat terdedah kepada asap tanpa perlindungan mencukupi.

“Kami berada di ambang bencana kesihatan dalam kalangan anggota bomba,” katanya.

Memetik Bernama-Anadolu menerusi Harian Metro, menurutnya, anggota bomba tidak mempunyai tukup penapis udara bagi melindungi diri daripada asap, malah terpaksa memadam kebakaran hanya dengan menutup mulut dan hidung menggunakan kain.

“Ini boleh membawa kepada kematian jangka panjang,” katanya.

Chabbouh turut memaklumkan empat anggota bomba maut ketika menjalankan operasi dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, ribuan anggota bomba masih dikerahkan bagi mengawal kebakaran hutan di beberapa kawasan termasuk Jabatan Gironde dan Var.

Di Gironde, kira-kira 3,300 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman, manakala lebih 330 anggota menerima rawatan perubatan walaupun tiada kematian dilaporkan.

Di Var pula, sekitar 1,500 anggota bomba terus berusaha mengawal kebakaran yang kembali marak pada Ahad.

Pihak berkuasa memaklumkan asap kebakaran merebak di sebahagian besar kawasan terbabit, selain mengagihkan topeng perlindungan kepada penduduk di perbandaran terjejas.-Bernama-Anadolu, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here