Home Buletin Semasa BISKUT BENTUK HAIWAN BOLEH DIMAKAN – UIA

BISKUT BENTUK HAIWAN BOLEH DIMAKAN – UIA

131
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Sesetengah ibu bapa bimbang akan pelbagai variasi biskut dijual di pasaran yang berbentuk haiwan seperti beruang, arnab dan lain-lain.

Timbulnya perasaan sangsi sama ada ia boleh dimakan atau tidak walaupun keunikan biskut itu menarik perhatian kanak-kanak kerana bentuknya yang comel.

Persoalannya, bolehkah biskut berbentuk haiwan itu dimakan?

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus dalam ciapan terbaharu facebooknya menjelaskan, para ulamak mengharuskan pembuatan makanan seperti biskut dalam bentuk makhluk bernyawa seperti haiwan untuk dimakan.

“Dari sudut pandangan Majlis Fatwa Jordan, pembuatan sebahagian makanan atas bentuk bertubuh itu tidak salah meskipun berbentuk makhluk bernyawa kerana ia adalah hidangan untuk dimakan dan bukan untuk disucikan serta dimuliakan dan seumpamanya.

“Kesimpulannya harus membuat makanan seperti biskut berbentuk makhluk bernyawa,” katanya.

Tambahnya, hukum jual beli dan memakan biskut tersebut adalah harus kerana tidak dikira sebagai mengagungkan makhluk dan lain-lain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here