Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja adalah salah satu cabaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, berkata bagaimanapun penggunaan bahasa tersebut tidak menjejaskan secara jelas dengan kemantapan Bahasa Kebangsaan.
“Penggunaan bahasa rojak dibenarkan dalam urusan tidak rasmi. Tetapi, yang merisaukan kita, apabila penggunaan bahasa rojak itu dianggap betul oleh generasi akan datang.
“Bimbang jika sudah terbiasa, mereka akan menggunakan dalam majlis atau urusan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas program Syarahan Perdana A.Kadir Adabi sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kelantan 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini, hari ini.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari
Majlis itu dirasmikan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Tengku Temenggong, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Dr. Hazami berharap masyarakat terutama guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menggunakan bahasa yang betul bagi memastikan golongan remaja lebih cenderung untuk berhati-hati menggunakan bahasa rojak dalam setiap urusan.
Katanya, adalah wajar menggunakan bahasa rasmi untuk menjaga ketinggian adab dan Bahasa Kebangsaan.

Tengku Temenggong, Tengku Tan Sri Mohammad Rizam Tengku Abdul Aziz merasmikan program Syarahan Perdana A. Kadir Adabi sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kelantan 2023, di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam ucapan sempena Syarahan Perdana A.Kadir, beliau berkata program itu bertujuan memberi kesedaran mendalam kepada generas muda agar mengenali dan mengetahui sejarah para tokoh terkemuka di tanah air serta memamahi dan menghayati akan pemikiran, jasa bakti serta sejarah perjuangan mereka.
“Saya berharap dengan syarahan ini mampu untuk memupuk masyarakat khasnya generasi muda, kea rah menghayati dan mengambil teladan daripada ketokohan, pemikiran, kegigihan dan keberanian serta jasa bakti Tok Kenali dan A.Kadir Adabi kepada masyarakat, negeri, negara, agama dan peradaban.
Dalam pada itu, satu judul buku terbitan DBP dan dua judul buku terbitan Majlis Agma dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
“Buku itu ialah naskah Sejarah Kelantan, Buku Antologi Puisi Cakerawala Islam Nusantara dan Biografi Ulama Malaysia,” katanya.
IMedikel TV






