Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
Pengguna media sosial tanah air dikejutkan dengan beberapa rakaman video di Tiktok memaparkan orang ramai ‘menyedut’ isi mata lembu selepas sesi penyembelihan lembu korban.
Mencetuskan rasa loya dalam kalangan penonton apabila organ haiwan korban tersebut dinikmati secara mentah-mentah.
Rata-rata pengguna meluahkan rasa seperti ingin muntah saat menonton video tersebut.
Namun yang menarik perhatian, ramai juga penonton berkongsi keistimewaan bahawa mata lembu sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Yang menjadi persoalan, adakah ianya selamat dari segi kebersihan dan dalaman diri kita?
Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat orang ramai berkaitan isu tersebut.
Farah Wahidah Sukri, 24, berpendapat sikap memakan mata lembu itu seperti manusia yang tidak waras.
“Bila tengok orang makan isi mata lembu kita rasa macam geli sebab jelas sekali benda tu mentah dengan tak dibasuh, masak apatah lagi memang jauh sekali,”
“Amalan makan isi mata lembu ni tidak ada dalam bidang perubatan sains, dalam bidang perubatan untuk merawat pesakit pun tidak kisah la merawat sakit pinggang ke, sakit asthma ke tidak ada satupun dari mana-mana pakar kesihatan yang mengatakan makan biji mata lembu boleh menyembuhkan segala jenis penyakit tu, daripada segi kebersihan benda benda mentah yang dimakan ni sebenarnya banyak organism yang hidup seperti kuman bakteria, cacing yang ada lebih-lebih lagi daripada organ binatang jadi mata lembu yang dimakan tu diambil daripada lembu yang disembelih tu kebersihannya diragui kerana tidak dimasak kebarangkalian untuk apa apa kuman bakteria yang ada boleh berlaku jangkitan dalam badan tanpa dimasak,” katanya.
Siti Hajar Nazir, 24, dari Skudai, Johor Bharu melontarkan pendapat bahawa isi mata lembu itu tidak sepatutnya dimakan terutamanya bagi orang melayu.

“The whole body dekat dalam lembu tu nak makan buat apa, kita yang tengok ni macam dah nak termuntah apatah lagi bila makan, ni adalah first time saya tengok dekat tiktok macam tu kenapa boleh terfikir nak makan isi mata lembu tu, kenapa tak makan otak lembu tu sekali.
“Satu lagi saya tengok orang buat sup kepala lembu, tak boleh imagine macam mana mereka boleh terfikir nak makan macam tu, cukup la makan daging, perut. Harap makan isi mata lembu ni tidak akan jadi makanan rutin untuk setiap hari raya haji la. Walaupun ada khasiatnya untuk mencegah penyakit tapi banyak lagi boleh ikhtiar cara lain untuk mencegah penyakit,”katanya ketika dihubungi.
Bagi Ibrahim Rosli, 50, salah seorang individu yang memakan isi mata lembu ketika korban lembu pada hari raya haji berkata dia sudah biasa memakan mata lembu.
“Memang setiap hari raya haji saya akan makan isi mata lembu daripada dibuang baik saya makan, tanpa orang ramai tahu khasiatnya boleh merawat masalah buah pinggang dan asthma, bila makan mata lembu tu badan rasa ringan, segar je mungkin sebab saya memang dah amalkan setiap tahun dengan memakannya.
“Isi dalam macam ada lendir jeli berperisa macam sumi tapi ada sedikit rasa masin, ramai yang mengatakan kembang tekak, geli tapi bagi saya bukan racun pun, apa ubat sekalipun dengan izin Allah boleh sembuh,” katanya.
Bagaimanapun, sebelum kita memakan sebarang organ haiwan sembelihan, kita perlu bertanya kepada pakar tentang khasiat dan juga hukum bagi memakan sejenis organ mentah kepada ilmuwan supaya tidak timbul rasa was-was.
Imedikel TV






