Home Hiburan BELLA ASTILLAH, SYED SADDIQ LUANG MASA BERSAMA TONTON F1 SEBELUM HARI BAHAGIA

BELLA ASTILLAH, SYED SADDIQ LUANG MASA BERSAMA TONTON F1 SEBELUM HARI BAHAGIA

KUALA LUMPUR: Meskipun sedang menghitung hari untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq atau BASS mengambil masa bagi melakukan aktiviti bersama.

Memetik laporan Harian Metro, semalam, pasangan berkenaan hadir menonton sesi ujian masa Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menerusi perkongsian hantaran dimuatnaik di Instagram (IG), Bella mengakui teruja dengan pengalaman pertamanya dapat menonton acara perlumbaan kereta berprestij dunia itu.

“Pertama kali di F1, dan jujur pengalaman yang luar biasa! Terbaik.

“Sangat menyeronokkan menikmati semuanya, dan sangat berterima kasih kepada tunang saya kerana menjadikannya kenyataan,” tulisnya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut BASS menitipkan ucapan gembira dan mendoakan segala urusan perkahwinan pasangan itu lancar serta dipermudahkan.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di IG, Ahli Parlimen Muar berkenaan memuat naik video beliau mengikuti acara larian di Dataran Merdeka dengan ditemani Bella.

“Last run sebelum kahwin. Nasib baik dapat course Personal Best. Terima kasih Bella Astillah kerana setia menunggu,” tulisnya pada kapsyen.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq atas kejayaan mencatat masa satu jam, 38 minit dan 31saat dalam acara larian itu.

“Mantap YB, Larian Pengantin Baharu,” komen netizen.

“Sempat YB, seperti dijangka, selalu pada waktunya yang tepat. Tahniah,” tulis pengguna media sosial.

“So sweet… semoga bahagia selalu Bella dan YB,” ujar seorang warganet. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here