Home Hiburan BELL NGASRI POPULAR HINGGA KE NEW ZEALAND

BELL NGASRI POPULAR HINGGA KE NEW ZEALAND

318
0

KUALA LUMPUR: Popular sampai ke New Zealand. Tular di TikTok klip video Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri yang ‘dikejar’ seorang warden dipercayai rakyat Malaysia, yang disangka pelawak itu mahu menyamannya, pada insiden di salah sebuah lokasi di Auckland, New Zealand.

Warden itu yang berlari mendekati Bell, rupa-rupanya mahu mendapatkan autograf atau tandatangan artis serba boleh itu, pada kejadian yang disaksikan Fattah Amin dan Amira Othman.

“Ini bukan saman, iya? Saya takut kena saman,” kata Bell kepada wanita terbabit.

Selepas warden itu berlalu, Fattah sempat mengusik Bell dengan menyatakan rasa kagum artis senior itu mempunyai peminat hingga ke New Zealand.

Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 45, Fattah dan Amira kini berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran drama Poskad Dari New Zealand arahan Izuan Mokhtar.

Selepas video tersebar, segelintir netizen mula membandingkan populariti Bell dan Fattah.

Netizen berpendapat Bell yang membintangi filem 17 Puasa, lebih popular berbanding Fattah yang digelar duda ‘hot’, hingga dikejar peminat di negara Kiwi itu.

Bagaimanapun, Bell tidak menganggap dirinya lebih hebat daripada Fattah.

“Saya tidak rasa hebat atau bangga apabila dikenali di negara orang. Namun, saya hargai wanita itu yang meminati saya.

“Saya tak sangka masih ada yang sayang. Cuma, janganlah bandingkan saya dengan Fattah, jadi segan pula,” katanya. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here