London: Perkhidmatan jual beli dalam talian nyata memudahkan pengguna kerana semuanya kini boleh dibeli di hujung jari.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi pengguna dalam talian di Blackburn, England, United Kingdom (UK) mendapat kejutan yang tidak menyenangkan selepas bungkusan barangan keperluan dibeli secara dalam talian datang dengan ‘pakej’ najis manusia.
India Times melaporkan, Phil Smith, 59, membelanjakan AS$186 (kira-kira RM870) untuk membeli barangan dari Iceland.
Dia teruja selepas menerima barangan bungkusan itu namun tidak jangka dengan apa diterimanya.
“Semua ‘kotoran’ itu jatuh, dan saya benar-benar terkejut. Saya fikir, apakah ini?” kata Smith kepada SWNS.
Kesal dengan penemuan itu, Smith menghubungi Iceland, menggesa mereka untuk menangani masalah itu dengan segera.
Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati dengan jawapan mereka.
“Sejak beberapa hari kebelakangan ini, mereka hanya bersikap semberono dengan saya,” katanya
Walaupun selepas diberikan kredit kedai, Smith berkeras untuk mendapatkan bayaran balik dan mengeluarkan barang yang tercemar.
Malangnya, proses itu mengambil masa beberapa hari dan menjadikan Smith lebih kecewa. – AGENSI, HMetro Online –
IMEDIKEL TV






