Home Buletin Semasa BEKAS KERANI TIKET BAS DIDAKWA PECAH AMANAH LEBIH RM114,000

BEKAS KERANI TIKET BAS DIDAKWA PECAH AMANAH LEBIH RM114,000

300
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dengan tidak menyerahkan wang kepada syarikat dengan nilai keseluruhan RM114,630.80 pada10 tahun lalu.

Tertuduh, Bibi Kasiran Mohamad, 50 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke 10, wanita tersebut didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dengan tidak menyerahkan wang kepada sebuah syarikat bas dari lebih RM7,000 hingga lebih RM18,000 berjumlah keseluruhan RM114,630.80.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kaunter tiket bas di Lembah Sireh, di sini bermula Januari hingga Oktober 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebatan dan juga denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Khairul Azwan Azhan.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Muhammad Khairul Azwan memohon pengurangan jaminan kerana anak guamnya sudah kematian suami pada Ogos tahun lalu, dan kini menanggung ibu bapa yang uzur, sakit tua dan jantung.

“Anak guam saya juga bekerja di sebuah kedai kuih dengan pendapatan RM45 sehari dan ini adalah kesalahan pertama yang dilakukannya.

“Oleh itu saya merayu jaminan dikurangkan sebanyak RM15,000 bagi semua pertuduhan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here