Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
RANTAU PANJANG: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh mengalami masalah ketiadaan bekalan air.
Menurut kenyataan media Air Kelantan Sdn Bhd, sebanyak dua buah tangki statik berkapasiti 500 gelen dan satu unit dengan kapasiti 1,800 gelen telah diletakkan di PPS berkenaan sejak ianya beroperasi pada 23 November 2023.
Pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil inisiatif dengan melakukan bypass pada air tangki Kg Gual Tok Deh manakala pengisian ke tangki sedutan sekolah melalui penghantaran lori tangki, bagi menampung kegunaan bekalan air bersih.

Setakat ini, bekalan air kembali pulih sepenuhnya selepas kerja-kerja bypass tangki agihan dibuat dan pengisian semula di tangki sedutan sekolah.
Selain itu, sumber air di PPS adalah daripada Tangki Agihan di Kg Gual Tok Deh, dan terletak pada penghujung sistem rangkaian agihan bagi Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas.
Untuk rekod, PPS di SK To’ Deh dibuka sejak 23 November lalu bagi menampung jumlah mangsa banjir seramai 813 orang daripada 264 keluarga.
I Medikel TV






