Home Segmen Kesihatan BEDUNG BAYI SEAWAL KELAHIRAN

BEDUNG BAYI SEAWAL KELAHIRAN

180
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Si manja yang baru lahir sudah tentu akan dibedung untuk membantunya tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian akan terjaga.

Kebiasaannya si manja dibedung seawal kelahiran sehingga menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling, biasanya seawal usia empat hingga enam bulan atau lebih muda dari tempoh tersebut.

Umumnya bedung ialah suatu kaedah tradisional yang sering dilakukan oleh para ibu di mana membalut atau membungkus bayi dengan kemas agar beasa selamat dan tenang.

Namun begitu, sekiranya ibu bapa membedung bayi dengan cara yang tidak betul, ia boleh mengakibatkan hip dysplasia kepada bayi.

Aktiviti ini amat mudah untuk dilakukan, namun masih terdapat beberapa cara bedung bayi yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja. Antara caranya ialah:

  1. Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah.
  2. Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut.
  3. Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
  4. Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya.
  5. Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Sekiranya si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, ibu bapa boleh cuba untuk lepaskan tangan mereka dengan hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Manfaat kepada bayi

  1. Memberikan sensasi sentuhan berpanjangan.
  2. Bedung mengelakkan bayi dari pergerakan luar kawalan.
  3. Membedung membantu bayi menfokus kepada cubaan untuk mententeramkannya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here