Home Sukan BECKHAM PUJI AMORIM, MAN UNITED KELUAR DARI ‘GUA’

BECKHAM PUJI AMORIM, MAN UNITED KELUAR DARI ‘GUA’

158
0

LONDON: Legenda bola sepak England, Sir David Beckham, memuji keupayaan Ruben Amorim selepas Manchester United kembali mencatat kemenangan penting dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan menundukkan Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, The Red Devils menamatkan siri tiga perlawanan tanpa menang dengan bangkit daripada ketinggalan awal hasil jaringan Jean-Philippe Mateta, sebelum Joshua Zirkzee dan Mason Mount membalas dengan dua jaringan penting pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu membawa Manchester United kembali ke tangga ketujuh liga, hanya tiga mata di belakang Aston Villa yang menduduki tempat keempat, dan empat mata di belakang Manchester City di tangga kedua, sekali gus menandakan kebangkitan The Red Devils selepas permulaan musim yang tidak konsisten.

Beckham, yang menyaksikan Grand Prix Qatar bersama Gary Neville, berkata kepada Sky Sports melihat pasukan terbabit sudah semakin baik dan matang.

“Saya nampak tanda-tanda pengurus sedang memulihkan pasukan. Dia melakukan beberapa perubahan dan kini kita mula melihat keputusan lebih baik.

Masih jauh perjalanan, dan ada beberapa perlawanan di mana prestasi kami tidak begitu baik,” katanya.

Kemenangan itu turut mengembalikan keyakinan skuad yang sebelum ini sering dikritik di media sosial, terutamanya selepas persembahan hambar dalam beberapa perlawanan terdahulu. Zirkzee, yang meledak gol kemenangan, turut dipuji atas semangat dan sikap profesionalnya bersama pasukan.

Dengan jadual padat musim ini, pasukan Amorim kini perlu mengekalkan momentum positif ketika bersiap menghadapi perlawanan penting akan datang, sambil memastikan pemain utama kekal cergas dan bebas kecederaan.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here