Home Buletin Semasa BAS EKSPRES REMPUH LORI, DUA CEDERA

BAS EKSPRES REMPUH LORI, DUA CEDERA

129
0

Tuaran, SABAH: Seramai 33 penumpang bas ekspres melalui detik cemas apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Kapa, Tamparuli di sini, pagi tadi.

Daripada jumlah itu seorang penumpang lelaki dikenali sebagai Nursiq Rahim, 31, cedera parah manakala seorang lagi mangsa lelaki, Kantie Amir, 29, cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.04 pagi.

Beliau berkata, difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu.

Katanya, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa lelaki mengalami kecederaan dan segera diberi rawatan awal.”

“Kedua-dua mangsa itu kemudiannya dihantar menggunakan ambulans ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, seramai 33 penumpang bas ekspres termasuk dua mangsa yang cedera dan pemandunya dilaporkan selamat manakala pemandu lori yang membawa muatan kayu turut dilaporkan tiada kecederaan serius.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 6 pagi. Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here