Katanya, siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi khamis ketika hari terakhir mangsa yang juga seorang lelaki menjalani Ujian Kecergasan Pegawai dan Anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK).
Beliau berkata mangsa bersama dua pelatih diarahkan oleh suspek melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.
“Semasa sedang melakukan tekan tubi, suspek telah memijak bahagian belakang leher sehingga menyebabkan mangsa tersungkur.
“Disebabkan perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung, sebatang gigi hadapan patah, luka bahagian gusi dan luka pada bibir.” – Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Perak
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada ahad.
Jelasnya, akibat kecederaan itu, mangsa berusia 25 tahun telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor.
Mohd Yusri berkata, pihak polis telah memanggil suspek dan kesemua saksi yang terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 325 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian
– Imedikel TV






