Home Sukan BADANG PERLIS FOKUS SUKAN SEA, KOMANWEL

BADANG PERLIS FOKUS SUKAN SEA, KOMANWEL

110
0

ARAU: Beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles tetap menjadi harapan dan sasaran jangka panjang buat pemenang pingat emas angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) ke-21, Muhammad Hafizuddin Roslin, 20 yang kini menjadi pemegang rekod kebangsaan bagi kategori 81 kilogram (kg) itu.

Namun, ‘Badang Perlis’ yang juga anak jati Kampung Belukar, Abi, Kangar, tidak mahu terlalu tertekan dalam meletakkan sasaran berkenaan sebaliknya mahu lebih realistik dan menumpukan sasaran terdekat termasuk Sukan Sea tahun hadapan dan Sukan Komanwel 2026.

Muhammad Hafizuddin berkata, sudah tentu berada di pentas Olimpik seperti ditampilkan atlet angkat berat kebangsaan, Mohamad Aniq Kasdan sangat membuatkannya teruja untuk beraksi di pentas tertinggi itu.

“Namun, untuk mencapai ke pentas itu, saya perlu realistik dengan sasaran semasa dan saya tidak mahu terburu-buru ke Olimpik sebaliknya sasaran berperingkat adalah keutamaan seperti Sukan Sea tahun hadapan dan Sukan Komanwel tahun berikutnya pula.

“Malah dengan kejayaan gemilang serta memecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat di Sukma juga membuatkan saya lebih bersedia sekiranya dipelawa untuk menyertai skuad kebangsaan kerana mewakili negara adalah impian saya selama ini,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin, di sini semalam. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here