Home Hiburan AYAH PERLU GUNA ALAT BANTUAN PERNAFASAN – ANAK ALI XPDC

AYAH PERLU GUNA ALAT BANTUAN PERNAFASAN – ANAK ALI XPDC

KUALA LUMPUR : Baru sahaja dibenarkan keluar pada Sabtu lalu selepas seharian dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat masalah kesihatan, penyanyi Ali XPDC kembali dimasukkan ke wad kecemasan hospital terbabit pada Isnin.

Memetik laporan Berita Harian, perkara ini dimaklumkan oleh anaknya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel menerusi media sosial yang meminta semua pihak mendoakan kesihatan ayahnya.

Aqiel dihubungi berkata, ayahnya mengadu kembali sakit dada membuatkan dia segera membawanya ke hospital.

“Ayah ada masalah paru-paru berair dan jantung lemah dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan di hospital serta mendapat pemantauan rapi doktor.

“Ayah beritahu insya-Allah dia akan dirawat dalam lima hari sebelum dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Menurutnya, rakan-rakan yang melawat ayahnya boleh berbuat demikian mengikut waktu yang ditetapkan hospital.

“Ayah berada di Wad 8B katil 13. Waktu ziarah yang dibenarkan ialah pukul 12.30-2.00 dan 4.30-7.00,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ali dijadualkan terbabit dalam beberapa persembahan dengan XPDC.

Terdahulu Ali pernah dimasukkan ke hospital sama selepas kembali dari mengerjakan ibadah umrah pada hujung Januari lalu kerana mengalami jangkitan virus.

Dia ketika itu turut memakai alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya kembali berair.

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 58, mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here