PARIS: Atlet Israel yang menyertai Sukan Olimpik Paris mungkin mempunyai alasan jika gagal menampilkan prestasi terbaik selepas mereka menerima ugutan bunuh sejak beberapa hari lalu, menurut laporan media kelmarin.
Walla melaporkan atlet Israel turut menerima mesej berunsur kebencian dan cercaan yang ditulis dalam bahasa Hebrew serta panggilan telefon daripada nombor asing.
Pada Jumaat lalu 15 atlet dan pasukan mereka menerima ancaman bunuh menerusi emel yang memberikan amaran mereka akan dibunuh jika tiba di Perancis, menurut Walla.
Emel itu juga mengancam untuk mengulangi insiden Munich 1972 dan memberitahu atlet Israel “Bersedia untuk hadapi intifada!”
Pada Olimpik Munich 1972, 11 atlet Israel maut dibunuh kumpulan pejuang tidak dikenali.
Pasukan Olimpik Israel tiba di Paris dengan kawalan keselamatan paling ketat. Menurut media British The Telegraph, Israel akan menghantar Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel) ke Paris untuk memastikan atlet mereka bertanding dengan selamat di Olimpik. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






