Home Luar Negara AS DILANDA PELBAGAI KEADAAN CUACA BURUK

AS DILANDA PELBAGAI KEADAAN CUACA BURUK

55
0

WASHINGTON: Memetik laporan BERNAMA-DPA menerusi Berita Harian, Amerika Syarikat (AS) berdepan pelbagai keadaan cuaca buruk di seluruh negara pada Isnin termasuk cuaca panas di Pantai Barat, banjir di Hawaii dan salji tebal di negeri utara serta amaran ribut di Pantai Timur, lapor agensi berita Jerman dpa.

Lebih 200 juta orang atau kira-kira 58 peratus penduduk berada di bawah amaran cuaca, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Lebih 4,500 penerbangan dibatalkan, menurut portal dalam talian FlightAware.

Amaran dikeluarkan bagi Pantai Timur untuk angin kencang dan kemungkinan puting beliung, NWS mengumumkan.

Banyak sekolah dan kemudahan lain ditutup awal susulan keadaan cuaca.

Sementara itu, ribut salji melanda beberapa negeri utara termasuk Michigan, Wisconsin dan Minnesota.

Di Hawaii, hujan lebat sebelum ini menyebabkan banjir.

Pantai Barat AS pula mengalami gelombang haba luar biasa dengan suhu melebihi 30 darjah Celsius pada pertengahan Mac. – BERNAMA-DPA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here