Home Sukan ARTETA KAGUM ARSENAL PESTA GOL LAGI

ARTETA KAGUM ARSENAL PESTA GOL LAGI

112
0

BURNLEY, England: Mikel Arteta memuji usaha Arsenal yang tidak henti-henti ketika pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membelasah Burnley 5-0 untuk terus menekan pendahulu Liverpool.

Hanya beberapa jam selepas Liverpool menang 4-1 di Brentford, anak buah Arteta bermaharajalela di Turf Moor untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam liga.

Kelab London utara itu menghuni tangga kedua, dua mata di belakang Liverpool ketika mereka memburu kejuaraan pertama EPL sejak 2004.

Arsenal berada dalam mood menjaringkan gol sejak kembali daripada kem latihan musim sejuk di Dubai.

Mereka membenam Crystal Palace 5-0, menang 2-1 di Nottingham Forest, mengalahkan Liverpool 3-1 dan membelasah West Ham 6-0 sebelum menghukum pasukan bawahan Burnley.

Martin Odegaard membuka tirai jaringan selepas empat minit sebelum Bukayo Saka mengukuhkan kedudukan dengan dua gol disusuli jaringan Leandro Trossard dan Kai Havertz dalam persembahan memukau Arsenal di depan pintu gol lawan.

Arteta gembira pemainnya dahagakan jaringan ketika mereka enggan berpuas hati dengan penguasaan mereka akhir-akhir ini.

“Amat gembira dengan persembahan, dengan keputusan serta sumbangan individu dan kolektif setiap pemain. Ia terlalu, terlalu bagus,” katanya.

“Hakikatnya pasukan kelihatan mahukan lebih gol lagi. Mereka tidak berpuas hati.

“Mereka mahu menjaringkan lebih lagi, mereka tidak mahu melepaskan gol. Saya benar-benar gembira untuk mencipta tahap konsisten sebegini.”

– AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here