Home Buletin Semasa APMM LAKSANA 250,000 PEMERIKSAAN VESEL

APMM LAKSANA 250,000 PEMERIKSAAN VESEL

193
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaksanakan kira-kira 250,000 pemeriksaan terhadap vesel nelayan tahun lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, hasil daripada pemeriksaan itu jumlah tangkapan adalah kurang 2,000 kes.

“Dari segi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diberi fokus di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada segi undang-undang itu penting. Dalam konteks keseluruhan  pemeriksaan yang kita lakukan menunjukkan kadar kepatuhan undang-undang itu tinggi.

“Tetapi kita letakkan KPI pada tahap tiga peratus. Maknanya dalam konteks pemeriksaan dan tangkapan tidak boleh melebihi tiga peratus daripada keseluruhan pemeriksaan.

“Kita berjaya capai lebih kurang 250,000 pemeriksaan dan tangkapan yang kita buat tidak sampai 2,000. Jumlahnya tidak sampai dua peratus daripada pemeriksaan dilakukan. Ini menunjukkan tahap pematuhan masyarakat terhadap undang-undang itu tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Pengarah APMM Kelantan yang baharu, Kepten Maritim Kamal Mohamad dan penyandang sebelum ini, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi di Ibu Pejabat Maritim Kelantan di sini hari ini.

Jelasnya sekiranya jumlah pemeriksaan dan kes tangkapan banyak ia menunjukkan tahap kepatuhan undang-undang dalam kalangan masyarakat masih rendah.

“Sekiranya kita memeriksa 100,000 vesel tetapi masih banyak tangkapan maknanya kepatuhan undang-undang itu rendah.

“Mungkin masyarakat masih tidak jelas atau merasakan terdapat kelopongan undang-undang yang memungkinkan mereka melakukan kesalahan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here