Home Hiburan ANAK SULUNG AMYZA DISAHKAN MENGHIDAP KANSER PARU-PARU TAHAP TIGA

ANAK SULUNG AMYZA DISAHKAN MENGHIDAP KANSER PARU-PARU TAHAP TIGA

125
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Amyza Aznan memohon doa agar anak sulungnya, Andre Mikhail, 22, yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga diberikan kesihatan baik.

Perkongsian itu dibuat Amyza di laman Thread.

Menerusi hantaran berkenaan, Amyza memaklumkan air daripada paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan juga sudah tidak lagi berfungsi.

“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya, Andre Mikhail sekarang didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.

“Ketika ditolak ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk prosedur, dia sangat tenang. Mata tenang dan semua jururawat pun dia sangat kuat. Allah.

“Saya merayu tumpangkan doa daripada semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya, Andre Mikhail,” tulis Amyza

Terdahulu, Amyza memaklumkan doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan dalam paru-paru anaknya selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.

Mereka sekeluarga tidak mengesyaki sakit dialami anaknya serius kerana Andre Mikhail aktif bersukan dan menyangka hanya sakit otot biasa.

Sebelum itu, Andre Mikhail sudah lebih sebulan mengadu sakit bahu. Dia sudah ke klinik beberapa kali dan mengambil ubat tahan sakit dan menjalani pemeriksaan lain, tetapi keputusannya baik.

Namun, sakit dialami masih berlarutan, Andre Mikhail turut mengalami demam, batuk lama dan mengalami sesak nafas ketika berjalan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here