Home Buletin Semasa AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI EMPAT NEGERI, DITAMATKAN – METMALAYSIA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI EMPAT NEGERI, DITAMATKAN – METMALAYSIA

128
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri iaitu  Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, menunjukkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri-negeri terbabit.

Dalam kenyataan yang dikeluiarkan itu orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here