Home Buletin Semasa ALAS KAKI GAMBAR KAABAH ADALAH SEJADAH MINI

ALAS KAKI GAMBAR KAABAH ADALAH SEJADAH MINI

KUALA LUMPUR: Alas kaki yang tertera gambar kaabah dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor adalah sejadah mini.

Menurut kenyataan media AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) semalam, siaran media sosial berhubung sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu menimbulkan kekeliruan.

Pihaknya dimaklumkan mengenai isu berkenaan pada Selasa lalu dan memberi kerjasama sepenuhnya serta kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ).

“Pembekal yang berkaitan, A&R merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100 peratus bumiputera dan Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah, tudung, kurta, samping, songkok serta produk lain termasuk sejadah, permaidani dan tikar.

“A&R mengesahkan produk tersebut adalah sejadah mini yang mana format coraknya adalah menegak,” katanya.

Jelasnya, syarikat itu telah menjadi pembekal AEON BiG sejak 2015, selain merupakan pembekal kepada peruncit lain serta mengendalikan kedai mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, AEON BiG berkata, selaras amalan terbaik syarikat untuk pembekal PKS, A&R menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk lain syarikat berkenaan.

Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi, lantas menyebabkan kekeliruan.

“Perkara ini sudah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan itu sebagai sejadah sudah dicerminkan,” katanya.

Katanya, kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A&R berharap kenyataan bersama itu akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini.

“Kami berharap spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dihentikan.

“AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Selasa lepas, susulan aduan orang awam.

Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here