Home Sukan AKHYAR JADI MANGSA SAMUN DI TERENGGANU

AKHYAR JADI MANGSA SAMUN DI TERENGGANU

113
0

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Memetik laporan menerusi berita harian,difahamkan, Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini turut cedera dalam kejadian itu.

Berdasarkan video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Akhyar yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 semalam menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam daripada Harimau Selatan, Safawi Rasid.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here