Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Pengusaha mee celup telur gedik di Kampung Kelar yang tular sebelum ini, Mazlina Mohamad, tidak ketinggalan membantu mangsa banjir dengan menyediakan 300 bungkus makanan.
Terkenal dengan jolokan nama “Kak Na mee celup telur gedik” dia bersama lima orang pembantu memasak beberapa menu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.


“Kami menyediakan beberapa menu untuk mangsa banjir antaranya bihun, kuetiau, mee goreng, roti pizza dan juga air mineral.
“Saya mengambil inisiatif untuk menyediakan makanan tersebut kepada mereka atas dasar empati, sebab ramai yang terkesan banjir kali ini,”katanya kepada pemberita.
Menurutnya dia mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Chicha Tinggi, Pohon Tanjung, Tendong dan Lubuk Jong.
“Saya harap sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan mereka. Mungkin ada dalam kalangan mereka kekurangan makanan,”katanya.
IMedikel TV






