Home Hiburan AFDLIN SHAUKI DOAKAN ALLAH LEMBUTKAN HATI PEMFITNAH

AFDLIN SHAUKI DOAKAN ALLAH LEMBUTKAN HATI PEMFITNAH

183
0

KUALA LUMPUR: “Saya mendoakan pemfitnah saya itu Allah lembutkan hatinya.”

Demikian kata pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, 54, selepas namanya dikaitkan dengan jenayah atas dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta.

Mengambil pendekatan berdiam diri sejak kes terbabit tular, Afdlin berkata, dia mempunyai alasan tersendiri dalam menyelesaikan isu berkenaan sehingga dibuktikan tidak terbabit.

“Segala puji untuk Allah SWT yang menegakkan keadilan. Cakap banyak tak guna, kalau orang tak suka kita, dia akan memanjangkan fitnah ini.

“Itu sebab saya mengambil keputusan untuk duduk diam dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa agar tidak mengganggu siasatan,” katanya.

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan tidak wujud elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan pelakon itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu perkara itu diputuskan selepas penelitian dokumen yang diberikan kepada pihaknya. 

Tidak melatah sepanjang namanya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab, Afdlin berkata, dia yakin berada di tempat benar.

“Terima kasih kepada isteri, anak-anak, keluarga dan semua rakan-rakan yang memberi sokongan moral kepada saya ketika dalam kesusahan. 

“Saya tidak melatah kerana yakin saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, tapi tak guna saya yang cakap. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan.

“Cuma hari ini saya kenal siapa sahabat saya dan siapa bukan. Kepada yang memanjangkan fitnah ini saya berdoa yang baik baik untuk anda semua agar Allah SWT memaafkan kita semua,” katanya.

Sejak Januari lalu, kecoh di media sosial, Afdlin, 54, yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terbabit dalam peroleh projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit. 

Dalam satu kenyataan, Afdlin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan turut membuat laporan polis atas perkara tidak benar yang disebarkan itu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here