Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Karnival kokurikulum (KoKu) sempena jubli emas Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat pada kali ini memberi kelainan apabila menyediakan permainan “soopa doopa” dan rumah berhantu kepada kanak-kanak khususnya sekitar daerah Bachok.
Pelbagai acara menarik diadakan selama tiga hari bermula 24Julai hingga 26 Julai ini dengan penglibatan artis-artis tersohor seperti Poyie Gasi, Aris Kapila, Man Khan dan ramai lagi.
Sehubungan dengan itu, karnival tersebut adalah anjuran Unit Kokurikulum SKJ bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Selain itu, pada 25 Julai, turut diadakan pertandingan mewarna bagi pra sekolah tahap satu dan dua diikuti forum perdana ehwal Islam pada 25 Julai.
Sementara itu, seorang pengunjung yang dikenali sebagai Baihaqi, 23, dari Bachok berpendapat acara tersebut sangat bagus untuk kanak-kanak sekaligus mereka boleh hiburkan diri dengan bermain permainan yang diadakan.


“Pada awal saya sampai, perasaan agak terkejut juga sebab permainan soopa doopa dan rumah berhantu ini jarang diadakan dalam kawasan sekolah tambah lagi aktiviti hiburan seperti nyanyian dan sebagainya.
“Walaupun dalam keadaan sesak, tapi saya kagum dengan pihak sekolah kerana keselamatan di pintu masuk sangat terjamin dengan kawalan petugas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, malam tadi.
Baihaqi berharap, karnival tersebut dapat diadakan secara berkala supaya dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan guru serta kanak-kanak.
IMedikelTV






