Home Buletin Semasa ABE HARIRI KOMITED BERKEMPEN UNTUK DUN TENDONG

ABE HARIRI KOMITED BERKEMPEN UNTUK DUN TENDONG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

PASIR MAS: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Noor Hariri Mohamed Noor komited dalam berkempen sejak Penamaan Calon, 29 Julai lalu.

Beliau menyantuni penduduk Tendong dalam pelbagai aktiviti untuk dekat dihati rakyat di sini.

Noor Hariri juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas berkata, hari ini beliau bersama warga Tendong bersama-sama dalam “Program Kacau Sugho” di Masjid At-Taqwa Mukim Bunut Susu, di sini, hari ini.

Katanya ia bukan sahaja fokus kepada golongan muda, malah turut menyantuni warga emas.

Noor Hariri bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Bebas bagi PRN 15 pada 12 Ogos ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here