Home Buletin Semasa ABANG MENGAKU SUMBANG MAHRAM DENGAN ADIK KANDUNG

ABANG MENGAKU SUMBANG MAHRAM DENGAN ADIK KANDUNG

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang abang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik perempuannya yang berusia 25 tahun, di Machang, pada 17 Disember lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun itu sudah beristeri dan juga bapa kepada seorang anak membuat pengakuan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuah Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya yang mana perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Machang pada jam 10.30 pagi, 17 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 10 tahun hingga 30 tahun serta hendaklah dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh kini ditahan bagi mengelakkan berlaku risiko kerana mangsa adalah adik kandungnya.

Mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk fakta kes dan hukuman.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here