Home Sukan LIVERPOOL MUDAH TEWASKAN FOREST 3-0

LIVERPOOL MUDAH TEWASKAN FOREST 3-0

LIVERPOOL, England: Gol menerusi Diogo Jota, Darwin Nunez dan Mohamed Salah membantu Liverpool menang selesa 3-0 ke atas Nottingham Forest di Anfield lewat malam tadi yang melonjakkan The Reds kepada 23 mata, tiga mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur.

Forest memenuhi benteng pertahanan mereka dan melakukan serangan balas dan sekalipun mereka mampu bertahan bagi setengah jam pertama, mereka ketinggalan susulan satu serangan balas pantas pasukan tuan rumah.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pertahanan tengah Forest, Murillo melakukan kesilapan ketika naik ke atas dan kehilangan bola sebelum Salah mengumpan kepada Nunez, percubaannya melantun ke kaki Jota bagi satu penamat yang mudah.

Jota meraikan jaringan itu dengan memperagakan jersi rakan sepasukan Luis Diaz, yang terlepas perlawanan itu susulan kes penculikan ibu bapanya di negara kelahirannya Colombia.

“Luis berada bersama kami di hotel, kemudian dia pulang ke rumah. Ia satu situasi yang amat sukar dan saya tidak tahu bagaimana jika ia berlaku terhadap diri anda,” kata Jota kepada BBC.

“Dia sepatutnya turun beraksi. Saya bermain di tempatnya dan saya memperagakan jersinya untuk membuktikan kami bersamanya dan kami harap semuanya berjalan lancar.”

Gol kedua Liverpool satu gerakan cemerlang sepasukan apabila mereka merobek benteng Forest dan kali ini Dominik Szoboszlai mengumpan dari sebelah kanan untuk ditampan masuk oleh Nunez.

Kesilapan komunikasi antara pemain gantian Harry Toffolo dan penjaga gol Matt Turner memberi peluang buat Salah untuk meledak masuk gol ketiga bagi melengkapkan jaringan pada minit ke-77.

Kekalahan itu menyaksikan Forest menghuni tangga ke-16 dengan 10 mata, lima mata di atas zon penyingkiran manakala Liverpool di tangga keempat selepas hari yang sukar di luar padang berikutan situasi keluarga Diaz. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here